Kamu adalah seorang Jurugambar Profesional sekiranya
1- Kamu sentiasa berfikiran waras dan dapat menerima kenyataan, dalam tempoh yang lama, tidak menerima sebarang job malahan tiada seorang pon yang bertanyakan tentang servis kamu. Kamu tidak tahu, berapa lama lagi keadaan sebegitu berlarutan. Kamu harus sentiasa tabah dan berusaha mencari peluang mendapatkan job tanpa berputus asa.
2- Kamu sentiasa bersedia untuk memulakan job dengan notis yang singkat. Merakam foto dengan pantas, menyunting dengan cekap dan menyerahkannya kepada pelanggan tanpa memerlukan tempoh masa yang lama. Pelanggan tidak akan tahu erti menunggu, tapi apa yang perlu kamu tahu adalah berusaha memenuhi kehendak pelanggan.
3- Kamu perlu mempelajari kemahiran baru dan juga teknologi baruterutamanya software editing yang sentiasa berkembang, hari ke hari.
4- Kamu perlu bersedia membuat perjalanan yang jauh, dengan keadaan yang kurang selesa dan jauh. Jurugambar Pro tidak akan sesekali mengeluh dengan situasi semasa.
5- Kamu berupaya merakam imej dengan unik dan kreatif walaupun hanya imej seekor ayam. Petikan shutter kamu adalah seiring dengan pemikiran yang kreatif.
6- Kamu mengetahui selok-belok undang-undang dan etika jurugambar. Benda yang boleh dirakam dan tidak patut dirakam.
7- Kamu dapat berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakatdengan baik. Jurugambar Pro perlu berupaya berhubung dengan CEO, pak menteri, Bos Syarikat mahupun pengawal atau pemandu. Jadi, kemahiran PR amat dituntut bagi menjaga kredibilit dan profesionalisem seorang jurugambar pro.
8- Kamu mampu memberi arahan dan menerima arahan. Kamu menerima arahan daripada client, dan kamu memberi arahan kepada model atau subjek di dalam gambar bagi mendapatkan result imej yang terbaik.
9- Kamu perlu tahu tempoh dan had yang yang diperlukan Jangan bersikap pentingkan diri sendiri dan peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika merakam gambar di majlis perkahwinan. Beri laluan kepada tetamu lain untuk merakam gambar majlis.
10- Kamu perlu berupaya mengawal kebanggaan diri apabila melihat hasil karya kamu diiktiraf atau dipuji. Kehidupan Jurugambar Profesional adalah sukar, tapi penuh dengan cabaran yang menarik.
No comments:
Post a Comment