Please wait █████████████████████████] Loading......

Cara Memegang Kamera


Jika sebelum ini saya ada berkongsi ilmu mengenai ‘Cara Pegang Kamera DSLR‘, kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang ‘Cara Memegang Kamera Compact‘ pula. Biar pun DSLR dan Kamera Compact mempunyai fizikal yang berbeza, tetapi tujuan asal memegangnya adalah sama, iaitu dengan meletakkan kamera dalam keadaan yang stabil dan tidak bergegar.
Kamera Compact yang kecil dan ringan sememangnya agak sukar untuk memegangnya. Jadi sekiranya kamera anda mempunyai ‘Optical Viewfinder‘, gunakan ia dan dekatkan kamera dengan badan supaya kamera akan lebih stabil ketika menbidik gambar yang hendak diambil. Tetapi kebanyakan kamera compact masa kini tidak memiliki ‘optical viewfinder‘, jadi kita perlu bergantung dengan ‘skrin LCD’ untuk melihat objek yang hendak kita ‘shoot’. Mengambil gambar dengan cara melihat pada skrin LCD, sebenarnya lebih berpotensi besar untuk kita membuat kesilapan seperti menutup lampu flash atau ‘lense kamera‘ dengan jari, dan kamera bergegar sewaktu menekan tombol ‘snap gambar’.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk pegang Kamera Compact?
Jom, kita study dari gambar-gambar ini…

pegang-kamera-compact-melin
Pertama sekali, pastikan memegang kamera menggunakan kedua-dua belah tangan. Memegang kamera menggunakan satu tangan memberikanpotensi besar untuk tangan dan kamera bergegar semasa mengambil gambar.

pegang-kamera-compact-2
Kedua, pastikan siku didekatkan dengan badan untuk memastikan tangan berada didalam kedudukan stabil. Pegang kamera dengan jarak lebih kurang 30cm (ikut keselesaan) dari badan untuk melihat skrin LCD kamera dengan lebih selesa.
Ketiga, pastikan pakai ‘strap kamera‘ ketika menggunakan kamera. Strap perlulah digulung pada pergelangan  tangan untuk mengelakkan kamera compact yang kecil ini dari terlepas jatuh semasa mengambil gambar.
Keempat, ingat kedudukan jari-jemari anda. Elakkan jari dari tertutup lampu flash atau tertutup lense kamera.
Untuk lebih mudah, gunakan cara memegang kamera seperti gambar dibawah. Dimana, kedudukan tangan sebelah kiri berada dibawah kamera bertindak memegang kamera dengan lebih selesa dan ibu jari tangan kiri berada dalam kedudukan ‘L’ untuk kestabilan kamera. Tangan kanan bertindak memetik tombol ‘snap‘. Siku perlu rapat dengan badan.

pegang-melintang-kamera-com
Begitu juga sekiranya ingin mengambil gambar dalam keadaan kamera menegak. Lihat seperti gambar dibawah.
pegang-kamera-compact-meneg
Jari telunjuk dan ibu jari tangan sebelah kiri berada dalam kedudukan ‘L’ dan tangan sebelah kanan bertindak sebagai pemetik tombol ‘snap’ kamera.
pegang-kamera-compact-salah
Memegang kamera dengan kedudukan siku tidak rapat dengan badan dan membuka ketiak adalah tidak digalakkan kerana kamera tidak berada dalam keadaan stabil dengan kedudukan seperti ini. Potensi untuk gambar bergegar adalah tinggi.

No comments:

Post a Comment