Please wait █████████████████████████] Loading......

Kamu adalah seorang Jurugambar Profesional sekiranya

Kamu adalah seorang Jurugambar Profesional sekiranya

1- Kamu sentiasa berfikiran waras dan dapat menerima kenyataan, dalam tempoh yang lama, tidak menerima sebarang job malahan tiada seorang pon yang bertanyakan tentang servis kamu. Kamu tidak tahu, berapa lama lagi keadaan sebegitu berlarutan. Kamu harus sentiasa tabah dan berusaha mencari peluang mendapatkan job tanpa berputus asa.

2- Kamu sentiasa bersedia untuk memulakan job dengan notis yang singkat. Merakam foto dengan pantas, menyunting dengan cekap dan menyerahkannya kepada pelanggan tanpa memerlukan tempoh masa yang lama. Pelanggan tidak akan tahu erti menunggu, tapi apa yang perlu kamu tahu adalah berusaha memenuhi kehendak pelanggan.

3- Kamu perlu mempelajari kemahiran baru dan juga teknologi baruterutamanya software editing yang sentiasa berkembang, hari ke hari.

4- Kamu perlu bersedia membuat perjalanan yang jauh, dengan keadaan yang kurang selesa dan jauh. Jurugambar Pro tidak akan sesekali mengeluh dengan situasi semasa.

5- Kamu berupaya merakam imej dengan unik dan kreatif walaupun hanya imej seekor ayam. Petikan shutter kamu adalah seiring dengan pemikiran yang kreatif.

6- Kamu mengetahui selok-belok undang-undang dan etika jurugambar. Benda yang boleh dirakam dan tidak patut dirakam.

7- Kamu dapat berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakatdengan baik. Jurugambar Pro perlu berupaya berhubung dengan CEO, pak menteri, Bos Syarikat mahupun pengawal atau pemandu. Jadi, kemahiran PR amat dituntut bagi menjaga kredibilit dan profesionalisem seorang jurugambar pro.

8- Kamu mampu memberi arahan dan menerima arahan. Kamu menerima arahan daripada client, dan kamu memberi arahan kepada model atau subjek di dalam gambar bagi mendapatkan result imej yang terbaik.

9- Kamu perlu tahu tempoh dan had yang yang diperlukan
 Jangan bersikap pentingkan diri sendiri dan peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika merakam gambar di majlis perkahwinan. Beri laluan kepada tetamu lain untuk merakam gambar majlis.

10- Kamu perlu berupaya mengawal kebanggaan diri apabila melihat hasil karya kamu diiktiraf atau dipuji. Kehidupan Jurugambar Profesional adalah sukar, tapi penuh dengan cabaran yang menarik.

PENGGUNAAN FLASH PASANG SIAP


PENGGUNAAN FLASH PASANG SIAP
Sebelum sesuatu gambar subjek diambil, perlulah melihat pencahayaan disekeliling subjek
samada terang atau gelap, samada subjek dikawasan terbuka atau tidak.

Flash Automatik
Auto Flash’ berfungsi sekiranya cahaya di lokasi subjek tidak mencukupi. Sekiranyacahaya mencukupi, flash tidak akan berfungsi

Flash Paksaan (Flash diaktifkan)
Flash paksaan akan sentiasa berfungsi walaupun lokasi subjek menerima cahaya yang cukup atau tidak


Flash Keseimbangan
flash keseimbangan akan menyeimbangkan cahaya dibelakang subjek. lazimnya digunakan sekiranya subjek berada didalam dewan atau pada waktu malam. Flash ini menumpukan pada keseluruhan subjek dan latarbelakang.

Flash tidak aktif.
Flash tidak aktif semasa gambar subjek diambil. Sesuatu gambar akan lebih dramatik sekiranya cahaya semulajadi digunakan.

PENGGUNAAN BUTANG PELEPAS


PENGGUNAAN  BUTANG PELEPAS
Sebelum sesuatu gambar subjek diambil, kamera perlulah didalam pilihan mod yang sesuai.Setelah berpuashati, barulah butang pelepas ditekan.

1. Sedia... (Tekan Separuh)
Halakan kamera ke arah subjek, tekan butang pelepas separuh sahaja. Tunggu sehingga titik fokus terkunci.
Setelah fokus terkunci, lampu atau bunyi beep akan kedengaran dan anda sudah bersedia untuk mengambil gambar

2. Fokus... (Tunggu dan Koposisi)
Semasa menekan butang pelepas separuh, ambil masa untuk mencari komposisi latarbelakang bagi subjek. Titik fokus masih dikuci sebelum butang pelepas ditekan habis

3. Tekan... (Tekan Sepenuhnya)
 Tekan butang pelepas sepenuhnya. Hati-hati, jangan terlalu kuat dan pastikan tidak bergegar semasa menekan butang pelepas

ASAS FOTOGRAFI


ASAS FOTOGRAFI
Fotografi merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkan cahaya keatas media atau bahan yang sensitif kepada cahaya seperti filem atau sensor. Jenis cahaya yang dikeluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek ini melalui sesebuah lensa, dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

JENIS-JENIS KAMERA:
Kamera terbahagi kepada 3 jenis.Antara jenis yang digunakan ialah, Kamera Kompak (‘Compact Camera’), DSC (Digital Still Camera) dan DSLR (Digital Single Lens Reflex.
KAMERA KOMPAK

‘Compact Camera’ merupakan kamera yang sering digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
 Kamera jenis ini lebih kecil dan lebih ringan serta mudah dibawa kemana-mana.Mempunyai lensa pasang siap dan flash pasang siap. Titik fokus dan jarak zoom adalah terhad. Walaubagaimanapun, fungsi asas mod kamera masih tetap sama

DSC(DIGITAL STIIL CAMERA)


DSC (Digital Still Camera) merupakan kamera yang biasa digunakan oleh orang kebanyakan
kerana kamera jenis DSC mempunyai keistimewaan dari segi fokus dan zoom. Kamera ini lebih
 besar dari kamera Kompak .Kamera ini mempunyai flash pasang siap, serta lensa pasang siap.
Akan tetapi, lensa kamera ini boleh mencapai titik fokus dan zoom yang tinggi sehingga 15 kali
 zoom. Walaubagaimanapun, fungsi asas mod kamera masih tetap sama.
DSLR (Digital Single Lens Reflex)


DSLR (Digital Single Lens Reflex) merupakan kamera yang sering digunakan oleh jurugambar profesional kerana kamera jenis DSLR mempunyai keistimewaan dari segi fokus dan zoom.Kamera ini mempunyai flash pasang siap dan lensa boleh tukar. Sekiranya seseorang jurugambar mahukan cahaya tambahan, flash masih boleh ditambah mengikut kesesuaian kamera. Lensa kamera ini juga boleh ditukar mengikut jenis dan kesesuaian tugas. Walaubagaimanapun, fungsi asas asas mod kamera masih tetap sama

kedudukan badan dan cara pegangan kamera yang sesuai untuk mengambil gambar~

Untuk mengambil gambar yang berkualiti tampa melakukan banyak gerakan, terdapat kaedah-kaedah atau kedudukan badan yang sesuai yang dapat mengurangkan gerakan atau getaran semasa shutter ditekan. Kedudukan yang betul dapat menghasilkan gambar berkualiti dan lebih tajam serta memuaskan.
berikut adalah kedudukan yang sesuai untuk mengambil gambar dari pelbagai cara dan kedudukan:-




Kaedah asas:
kaedah ini adalah kaedah asas untuk mengambil gambar secara mendatar, tangan mesti dirapatkan bukan dibuka ini kerana jika tangan dirapatkan kebadan pergerakan dan getaran dapat dikurangkan. Jangan membukan lengan semasa mengambil gambar,ini akan menyebabkankan kurang keseimbangan pada tangan anda yang memegang kamera dan menyebabkan gerakan atau getaran mudah berlaku. 


















kaedah kedua untuk memegang kamera secara mendatar:
kaedah ini mungkin agak susah jika diperhatikan tetapi ini juga adalah satu kaedah yang dapat mengurangkan getaran dan dapat menambahkan kestabilan semasa mengambil gambar secara medatar.












kaedah mengambil gambar secara menegak(potret)tampamengunakan vertical grip:
seperti kaedah asas juga, jangan membukakan tangan(mendepa)semasa mengambil gambar, ini dapat mengurangkan getaran dan pergerakan serta menambahkan kestabilan semasa memegang kamera dan menekan shutter.




kedudukan kaki ketika mengambil gambar secara berdiri:
kaki mestilah dibuka bukan merapatkan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan dan dapat menstabilkan badan ketika mengambil gambar.















jika ruangan terhad atau keadaan dimana kita perlu bersandar, berikut adalah antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan, cara ini juga dapat mengukuhkan lagi badan ketika mengambil gambar.

kaedah mengunakan objek atau bersandar:
rapatkan bahu kedinding dan bukakan kaki untuk menstabilkan kedudukan serta mengurangkan pergerakan badan ketika mengambil gambar.Selain itu objek juga dapat dugunakan untuk mengampu tangan supaya dapat mengurangkan pergerakan.















untuk mengambil gambar dimana kita perlu menairap cara ini dapat dilakukan bagi mengurangkan pergerakan dan menambahkan kestabilan ketika memegang kamera dan semasa shutter ditekan.


kaedah meiarap:
rapatkan tangan dan jangan memegang kemera dengan cara membukakan tangan, ini dapat mengukuhkan lagi pegangan dan mengurangkan pergerakan semasa shutter ditekan.













kaedah untuk mengambil gambar dari arah bawah:




Mengambil gambar dengan cara duduk:
kaedah ini lebih sesuai untuk mengambil gambar daripada bawah. Untuk kaedah ini tangan mestilah diampu oleh lutut jangan membiarkan tangan tergantung tampa diampu ini dapat mengurangkan kestabilan semasa mengambil gambar dan dapat menghasilkan gambar yang kurang kualiti.

Cara Memegang Kamera


Jika sebelum ini saya ada berkongsi ilmu mengenai ‘Cara Pegang Kamera DSLR‘, kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang ‘Cara Memegang Kamera Compact‘ pula. Biar pun DSLR dan Kamera Compact mempunyai fizikal yang berbeza, tetapi tujuan asal memegangnya adalah sama, iaitu dengan meletakkan kamera dalam keadaan yang stabil dan tidak bergegar.
Kamera Compact yang kecil dan ringan sememangnya agak sukar untuk memegangnya. Jadi sekiranya kamera anda mempunyai ‘Optical Viewfinder‘, gunakan ia dan dekatkan kamera dengan badan supaya kamera akan lebih stabil ketika menbidik gambar yang hendak diambil. Tetapi kebanyakan kamera compact masa kini tidak memiliki ‘optical viewfinder‘, jadi kita perlu bergantung dengan ‘skrin LCD’ untuk melihat objek yang hendak kita ‘shoot’. Mengambil gambar dengan cara melihat pada skrin LCD, sebenarnya lebih berpotensi besar untuk kita membuat kesilapan seperti menutup lampu flash atau ‘lense kamera‘ dengan jari, dan kamera bergegar sewaktu menekan tombol ‘snap gambar’.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk pegang Kamera Compact?
Jom, kita study dari gambar-gambar ini…

pegang-kamera-compact-melin
Pertama sekali, pastikan memegang kamera menggunakan kedua-dua belah tangan. Memegang kamera menggunakan satu tangan memberikanpotensi besar untuk tangan dan kamera bergegar semasa mengambil gambar.

pegang-kamera-compact-2
Kedua, pastikan siku didekatkan dengan badan untuk memastikan tangan berada didalam kedudukan stabil. Pegang kamera dengan jarak lebih kurang 30cm (ikut keselesaan) dari badan untuk melihat skrin LCD kamera dengan lebih selesa.
Ketiga, pastikan pakai ‘strap kamera‘ ketika menggunakan kamera. Strap perlulah digulung pada pergelangan  tangan untuk mengelakkan kamera compact yang kecil ini dari terlepas jatuh semasa mengambil gambar.
Keempat, ingat kedudukan jari-jemari anda. Elakkan jari dari tertutup lampu flash atau tertutup lense kamera.
Untuk lebih mudah, gunakan cara memegang kamera seperti gambar dibawah. Dimana, kedudukan tangan sebelah kiri berada dibawah kamera bertindak memegang kamera dengan lebih selesa dan ibu jari tangan kiri berada dalam kedudukan ‘L’ untuk kestabilan kamera. Tangan kanan bertindak memetik tombol ‘snap‘. Siku perlu rapat dengan badan.

pegang-melintang-kamera-com
Begitu juga sekiranya ingin mengambil gambar dalam keadaan kamera menegak. Lihat seperti gambar dibawah.
pegang-kamera-compact-meneg
Jari telunjuk dan ibu jari tangan sebelah kiri berada dalam kedudukan ‘L’ dan tangan sebelah kanan bertindak sebagai pemetik tombol ‘snap’ kamera.
pegang-kamera-compact-salah
Memegang kamera dengan kedudukan siku tidak rapat dengan badan dan membuka ketiak adalah tidak digalakkan kerana kamera tidak berada dalam keadaan stabil dengan kedudukan seperti ini. Potensi untuk gambar bergegar adalah tinggi.

TEKNIK FOKUS


Di dalam mengendalikan DSLR, memfokus subjek supaya berada di dalam zon fokus adalah amat penting. Menggunakan sama ada auto fokus mahupun secara manual bergantung kepada keadaan atau keselesaan pengguna itu sendiri.
a.      Auto Fokus
Dengan menekan separuh butang shutter ‘half shutter’ bermakna anda sudah memfokus subjek serta mengunci zon fokus tersebut. (Bergantung kepada setting /features DSLR) Sama ada anda menggunakan Single, Automatik ataupun ‘Continuous’.
  • Single (AF-S/One Shot)
Di dalam mode ini, DSLR membenarkan anda untuk fokus subjek yang tidak bergerak. Sesuai digunakan untuk landskap, portrait dan sebagainya.
  • Automatik (AF-A/AI Focus)
Di dalam mode ini pula, DSLR akan membenarkan untuk memfokus subjek yang tidak bergerak dan secara automatiknya akan mengikut pergerakan sekiranya subjek di dalam zon fokus bergerak.Sesuai digunakan dalam situasi majlis,kandid juga potrait kanak-kanak.
  • Continuous (AF-C/AI Servo)
Di dalam mode ini, DSLR membenarkan untuk memfokus subjek yang bergerak serta mengikutinya pada zone fokus yang di kunci. Mode ini banyak digunakan di dalam teknik ‘panning’ seperti sukan, lumba kereta, lumba motor dan sebagainya.

b.      Manual
Manual fokus boleh dipraktikkan dalam situasi dimana penggunaan Auto Fokus kadang kala tidak dapat mengunci zon fokus disebabkan kurang cahaya atau waktu malam. Manual fokus juga biasa digunakan dalam Fotografi Makro.

Kelajuan Shutter


Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak dan penggunaan shutter yang rendah seperti 1/10 akan merakamkan objek dengan kabur/samar. Shutter juga mempengaruhi kuantiti cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Bukaan Shutter (1 stop)
1/4 > 1/8 > 1/15 > 1/30 > 1/60 > 1/125 > 1/250 > 1/500 > 1/1000 > seterusnya

*Gambar dari Google

Apa Itu DSLR ?


1JAN/110

Kamera DSLR bermaksud 'Digital Single Lens Reflection'. Kamera DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti. Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar  dari kamera kompak atau  PNS (Point & Shoot). Pemilihan kamera SLR sebenarnya bukan di lihat dari nilai  MegaPixel semata-mata tetapi sebaliknya lihatlah pada saiz sensor. Saiz sensor yang besar membolehkan gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi.
Kamera DSLR membolehkan seseorang jurugambar tersebut mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual. Bukan semua mode Auto yang ada didalam kamera DSLR dan PNS akan menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah-masalah ini harus ditangani dengan cara manual.
Pengguna DSLR yang sudah mahir mengendalikan kamera, sudah boleh membaca situasi sebelum memetik 'shutter', dan mereka tidak berasa kekok kerana tahu dimana kedudukan kawalan tersebut berada.

Apa itu Aperture



Aperture adalah salah satu 'elemen' yang penting dalam fotografi. jadi, untuk menggunakan dan mengawal aperture dengan betul, korang mstilah mengetahui apa itu aperture dan fungsinya. 

Dari segi saintifiknya, aperture ni adalah bukaan iris pada lensa ketika gambar diambil. Jika bukaan iris tu lebih luas, maka lagi banyak cahaya boleh masuk ke dalam kamera. Sekiranya bukaan kecil, sedikitlah cahaya yang boleh masuk. Konsep ini sama seperti mata kita.


            


Aperture ini dikira dan dilabelkan dengan format 'f-stop'. Sebagai contoh, f/2.8, f/5.6, dan f/22. Bukaan aperture yang kecil mempunyai nilai f-stop yang besar (contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai nilai aperture yang kecil (contoh f/4).




Gambar dibawah menunjukkan kaitan bukaan aperture dengan jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya bukaan kecil, maka kuranglah cahaya yang masuk dan jika bukaan besar, banyaklah cahaya yang masuk.

Contoh lain, kaitan aperture dengan depth of field (DOF). Semakin besar bukaan aperture (nilai f-stop kecil), semakin sempit DOF dan sebaliknya. rujuk gambar di bawah untuk lebih faham.


Contoh:

f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. Maka kawasan fokus (DOF) akan terhad. kawasan yang berada di belakang atau di depan objek akan menjadi blur (Bokeh)

f/11: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu banyak. Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang atau di depan objek masih kabur sedikit (Bokeh)

f/32: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. Jadi, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih baik, tiada kawasan yang nampak blur.

Apa itu ISO




ISO merupakan salah satu lagi function di dalam kamera DSLR slain aperture dan shutter speed yang telah aku terangkan sebelum ini. Penggunaa ISO sangat penting dalam dunia fotografi untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan menarik.



ISO atau ASA (American Standard Assosiation) adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitif filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini dipanggil ISO.
ISO diwakili dengan nombor seperti ISO 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif sensor terhadap cahaya. Penggunaan ISO adalah untuk mencerahkan gambar yang kita ambil.

Jika ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya matahari, perlu menggunakan ISO rendah (contoh ISO 100 atau 200) untuk mengelakkan gambar menjadi terlalu terang. Sekiranya ingin mengambil gambar di tempat gelap seperti pada waktu malam, ISO yang tinggi adalah sesuai digunakan (contoh ISO 1600 atau 3200) untuk menghasilkan gambar yang jelas, tidak terlalu gelap.

Contoh penggunaan ISO dengan betul:
  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Kesan ISO terhadap kecerahan gambar:


Penggunaan ISO yang rendah dapat mengurangkan 'noise' atau 'grain' (bintik-bintik pada gambar). Penggunaan ISO yang tinggi biasanya akan menjadikan imej lebih 'noise' berbanding dengan ISO rendah. Gambar akan kelihatan tidak cantik jika mempunyai terlalu banyak 'noise'. Jadi untuk mengelakkan kelihatan 'noise' pada gambar, gunakanlah ISO yang rendah. Sekiranya tempat gelap, digalakkan untuk menggunakan flash. Gambar dibawah menunjukkan kesan ISO terhadap 'noise' pada gambar.





Jadi, penggunaan ISO yang betul dan sesuai adalah sangat penting dalam fotografi. Jika tidak, gambar yang dihasilkan tidak cantik, trlalu gelap atau terlalu banyak noise. ISO juga perlu dikaitkan dengan penggunaan  aperture dan shutter speed yang sesuai.