Pernahkah anda nampak widgets seperti di bawah ini? Atau mungkin anda sendiri ada pasang widgets itu di blog ? Kalau anda ada memasangnya, cepat-cepat padam widget tersebut kerana ia sangat bahaya untuk blog korang!
Widget di atas selalu kita sebut sebagai auto-backlink atau link-farming. Website penyedia backlink itu biasanya mendakwa akan memasang link blog/website kita di beribu-ribu website. Dengan berbuat demikian, page rank blog kita akan meningkat dengan cepat. Tetapi benarkah begitu? IANYA TIDAK BENAR SAMA SEKALI!
Auto backlink bukan sahaja scam/penipu malah pembunuh blog. Dengan memasang link/banner auto backlink provider, bukan saja ia tidak memberi kesan apa-apa pada page rank blog malah boleh menyebabkan blog anda dikeluarkan dari search index Google (selalu disebut sebagai sandbox). Auto backlink adalah illegal (haram) bagi Google.
Kebanyakan blog-blog yang memasang widget auto backlink biasanya page rank blog mereka adalah 0/10. Padahal blog itu penuh widget auto backlink. Kadang-kadang banner auto backlink juga mempunyai malware dan ianya dapat dikesan apabila anda men-scan komputer anda dengan anti virus.
No comments:
Post a Comment