Please wait █████████████████████████] Loading......

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan download


Bagi peminat tegar filem seperti saya, saya suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk download filem menggunakan jDowloader. Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur ya adik-adik. Jadi saya tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.
Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.
power-options-settings
Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang saya letakkan di atas, saya tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses download berjalan.

Matikan fungsi semakan ejaan pada Word 2010


microsoft-word-2010
Microsoft Word 2010 didatangkan dengan fungsi semakan ejaan serta nahu. Fungsi ini berguna jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Inggeris, namun boleh jadi menjengkelkan jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Malaysia.
Selain itu, terdapat juga fungsi AutoCorrect yang akan membetulkan ejaan secara automatik, contohnya perkataan ‘komputer’ akan ditukar kepada ‘computer’ walaupun ianya disengajakan.
Ikuti langkah mudah di bawah untuk mematikan fungsi-fungsi ini pada dokumen anda. 

Mematikan fungsi semakan pada Word 2010

Pergi ke menu File > Options, dan tetingkap Word Options akan terpapar. Pilih bahagian Proofing.
Jika anda ingin fungsi semakan dimatikan buat dokumen tersebut sahaja, tandakan pada kotak “Hide spelling errors in this document only” serta “Hide grammar errors in this document only”
matikan-fungsi-ejaan-office-2010
Sebaliknya jika anda ingin mematikan fungsi ejaan pada semua dokumen, buang semua tanda yang berada pada bahagian “When correcting spelling and grammar in Word”
matikan-fungsi-ejaan2-office-2010

Mematikan fungsi pembetulan ejaan pada Word 2010

Pada tetingkap Word Options tadi, tekan butang “AutoCorrect Options”. Pada tab AutoCorrect, buang tanda pada kotak “Automatically use suggestions from the spell checker”.
matikan-fungsi-ejaan3-office-2010

Bagaimana nak mengetahui kata laluan Wi-Fi yang telah dimasukkan dahulu


Biasanya apabila anda sudah mendapatkan kata laluan bagi rangkaian Wi-Fi, ianya akan dimasukkan secara automatik setiap kali anda berada di kawasan tersebut, jadi anda tidak perlu mengingatnya lagi.
Bagaimana pula juga anda igin berkongsi kata laluan tersebut dengan orang lain? Senang sahaja, anda boleh mendapatkannya kembali. Mula-mula tekan pada ikon Wi-Fi pada taskbar anda, dan pilih ‘”Open Network and Sharing Center”.
_2011-11-18_12-32-01
Dari sidebar kiri, pilih “Manage wireless networks”
network-sharing-center-02
Klik kanan pada rangkaian Wi-Fi yang ingin anda ketahui, dan pilih ‘Properties’.
network-sharing-center-03
Pergi ke tab ‘Security’, dan tandakan pada kotak “Show characters”. Anda akan dapat melihat kata laluan yang telah dimasukkan bagi rangkaian Wi-Fi tersebut.
network-sharing-center-04

Layari Internet tanpa gangguan iklan dengan AdBlock


Apabila anda membuka satu-satu laman web, akan keluarlah iklan pelbagai rupa. Ada yang kecil, besar, berkelip-kelip, dan yang berbunyi macam kad raya. Ada kalanya, iklan lagi banyak daripada kandungan laman web itu sendiri.
Lihat sahaja perbezaan laman web The Star dengan dan tanpa iklan di bawah:
thestar-dengan-iklan
Faulty traffic lights cause massive jam near Sprint-Damansara toll - Google Chro_2011-11-16_22-07-59
Untuk menyekat iklan-iklan tersebut, anda boleh menggunakan AdBlock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.
Ikuti pautan di bawah bagi memasang AdBlock pada setiap pelayar web:
Pasang dan aktifkan sahaja AdBlock ini dan anda akan dapat melayari Internet tanpa diganggu oleh iklan-iklan lagi.

Sembunyikan aplikasi anda dengan Tray It


Sewaktu bekerja dengan pelbagai aplikasi yang dijalankan, saya dapati tugas yang paling membazirkan masa saya adalah bertukar di antara tetingkap. Saya menggunakan kekunci pintas Alt+Tab, dan kadang-kadang taskbar untuk mencari tetingkap yang ingin saya buka, namun masih sukar.
Tray It!_2011-10-11_09-58-40
Salah satu cara yang saya cuba untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan Tray It, di mana ia dapat menyembunyikan sesebuah aplikasi daripada taskbar, mahupun Alt+Tab. Contoh aplikasi yang saya sembunyikan ialah Windows Media Player, di mana saya masih ingin memainkan lagu tetapi tidak memerlukan tetingkap WMP untuk dibuka.
Untuk menyembunyikan satu-satu aplikasi, hanya klik kanan pada butang Minimize, dan pilih “Place in System Tray”. Untuk mengembalikan tetingkap tersebut,
Windows Media Player_2011-10-11_09-57-17
Untuk mengembalikan tetingkap tersebut kepada asal, pergi kepada Tray It, klik kanan pada ikon yang berkenaan, dan pilih “Restore Window”
Greenshot_2011-10-11_10-01-53
Anda boleh muat turun Tray It di sini.

Ubah terus kod pada server anda dengan Notepad++


Notepad++ didatangkan dengan plugin NppFTP, di mana anda boleh menyunting kod laman web anda dan upload perubahan yang dibuat secara automatik. Malah anda juga boleh browse struktur direktori dan fail yang terdapat pada server anda.
Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk menggunakan NppFTP:
1. Pergi ke menu Plugins > Show NppFTP Window
2. Pada tetingkap NppFTP, klik pada ikon gear dan pilih “Profile settings”
3. Klik pada butang “Add new” untuk menambah akaun FTP.
4. Berikan nama bagi profail baru anda.
5. Isikan pada kotak Hostname, Username, dan Password dan tekan Close.
6. Kembali pada tetingkap NppFTP, klik pada ikon Connect dan pilih profail yang baru anda bina tadi.
7. Setelah sambungan dibuat, anda boleh browse fail dan direktori pada server dan mula menyunting mana-mana fail. Apabila anda Save fail tersebut, perubahan akan terus dihantar pada server.

Bagaimana nak cari dan pasang sarikata bagi fail video


Saya ni rabun telinga orangnya, jadi bila menonton filem Inggeris di komputer, terkebil-kebillah saya cuba memahami apa yang dibualkan. Sebab itu perkara pertama yang saya buat apabila selesai download cerita wayang dari Internet, adalah mencari sarikatanya.
Sarikata ini boleh anda download dengan mudah. Contohnya, saya taipkan “Yes Man subtitle” dan enjin carian akan memaparkan pelbagai link. Pilih mana-mana link dan teruskan download (laman kegemaran saya adalah Subscene).
Fail yang anda download biasanya adalah dalam bentuk .zip. Buka fail ini untuk mendapatkan fail .srt, kemudian letakkan fail .srt tersebut ke dalam folder yang sama dengan fail video. Pastikan nama kedua-dua fail itu juga sama.
Gunakan pemain video seperti VLC bagi membolehkan sarikata ini dipadankan dengan fail video. Selamat menonton!

Selesaikan masalah komputer yang asyik restart dalam Safe Mode


Jika komputer anda asyik restart dalam Safe Mode dan anda tidak tahu apa sebabnya, anda boleh membaikinya kembali dengan mudah, ikuti langkah di bawah:
1. Klik pada Start Menu, dan taip Run.
2. Taip msconfig dan klik OK.
Taip 'msconfig' ke dalam kotak Run
3. Pada tab Boot, kosongkan kotak “Safe boot” dan klik OK.
Buang tanda pada kotak 'Safe boot'
Restart komputer anda dan Windows akan masuk kembali seperti biasa, tanpa Safe Mode.

Munculkan ikon program di taskbar


Pada asalnya, taskbar anda hanya memaparkan beberapa ikon asas sahaja seperti bateri, volume, dan sambungan Internet. Ikon bagi program lain hanya akan kelihatan apabila anda klik  pada anak panah di sebelah kiri.
Untuk memperlihatkan ikon lain pada taskbar, klik anak panah dan pilih Customize.
Di sini anda boleh tetapkan ikon mana yang anda ingin tunjukkan pada taskbar.
Buat pilihan anda dan tekan OK.

Selaraskan bookmarks pada Google Chrome di semua komputer


Jika anda menggunakan Google Chrome pada lebih daripada satu komputer, anda boleh menetapkan sync pada semua komputer.
Hanya klik pada ikon spanar dan pilih Options. Pada bahagian “Personal Stuff”, klik “Set up sync…”, dan masukkan akaun Google anda.
Anda boleh memilih data apakah yang anda ingin selaraskan seperti Bookmarks, Extensions, dan Passwords; atau memilih untuk menyelaraskan kesemuanya sekali.

Buka fail jenis zip, rar, dan 7z dengan 7-zip


Biasanya apabila anda muat turun fail dari Internet, ia akan dimampatkan ke dalam bentuk .zip supaya mudah disebarkan melalui Internet. Untuk membuka fail jeniz .zip, anda hanya perlu klik kanan pada fail tersebut dan pilih “Extract All…”
Namun ada sesetengah daripada fail termampat ini tidak menggunakan jenis .zip, tetapi menggunakan jenis yang lain seperti .rar atau .7z. Fungsi yang terbina pada Windows tidak dapat membuka fail tersebut, jadi anda perlu memasang perisian lain seperti 7-zip.
Setelah memasang 7-zip, hanya klik kanan pada fail tersebut, pilih 7-zip, dan pilih “Extract Here”.
Buka fail dengan 7-zip
Anda juga boleh menggunakan 7-zip untuk memampatkan fail. Untuk tugas tersebut, hanya klik kanan pada mana-mana fail atau folder, pilih 7-zip, dan pilih “Add to archive…”. Fungsi ini berguna apabila anda ingin memuatkan fail yang besar ke dalam emel.

Buka laman web yang disekat dengan Google DNS


Seperti yang telah sedia maklum, kerajaan Malaysia telah menyekat beberapa laman web termasuklah laman perkongsian fail yang popular seperti Rapidshare dan Megaupload.
Cara yang paling mudah untuk mengatasi sekatan ini adalah dengan mengunakan Google DNS, iaitu “8.8.8.8” dan “8.8.4.4”. Ikuti panduan di bawah bagi keterangan langkah-demi langkah:

Cara-cara menggunakan Google DNS

1. Klik kanan pada ikon ‘Internet access’ pada taskbar anda, dan pilih “Open Network and Sharing Center”
2. Pada sidebar kiri, klik “Change adapter settings’”
3. Klik kanan pada sambungan Internet yang anda gunakan, dan pilih ‘Properties’
4. Pilih “Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)” ataupun “Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6)” dan klik pada butang ‘Properties’
5. Tandakan pada kotak “Use the following DNS server addresses” dan masukkan nilai berikut:
  • Preferred DNS server: 8.8.8.8
  • Alternate DNS server: 8.8.4.4
6. Klik OK dan tutup tetingkap tersebut. Kini ada sepatutnya sudah boleh melayari laman  web yang disekat seperti Filestube dan Rapidshare.

Tangkap screenshot pada Windows 7 dengan Snipping Tool


Perisian screenshot biasanya amat berguna buat blogger, ataupun sewaktu anda menyiapkan laporan yang memerlukan anda merekodkan aktiviti pada komputer.
Pada Windows 7, terdapat fungsi sedia ada yang dipanggil Snipping Tool, di mana ia membolehkan anda menangkap screenshot dengan mudah.
Untuk melancarkan aplikasi ini, klik pada Start Menu dan taipkan Snipping Tool.
Lancarkan Snipping Tool dari Start Menu
Dengan perisian ini, anda boleh memilih daripada beberapa jenis screenshot:
Pilih jenis screenshot
  • “Full screen” – mengambil keseluruhan skrin
  • “Window” – anda boleh pilih tetingkap mana yang anda ingin ambil
  • “Rectangle” – anda tetapkan kawasan yang ingin ditangkap secara manual
Setelah anda memilih jenis screenshot, hanya gerakkan sahaja mouse anda kepada kawasan yang ingin ditangkap, dan klik. Selepas screenshot diambil, anda juga boleh membuat beberapa suntingan asas seperti menambah anak panah dan perkataan.

Cara Hacking Website Dengan Menggunakan Tools Havij 1.15

Download Tools
Havij Version 1.15 Free | 2.75 MB
Password: cirebon-cyber4rt

Installation Setup
-Download Tools Havijnya dari Mediafire
-Lalu Extract FIlenya
-Kemudian Double Klik Icon HavijnyaSelesai

1. Kalo Tools Havijnya dah diinstal, buka tools tersebut dengan cara double click.


2. Ok, sekarang kita cari targetnya. Karena saya belum sempat share Dorknya, Jadi korang hanya cari Dorknya di Google, Banyak :D

3. Jika target dah dapat, aku amik ni contoh http://www.dephut.go.id/index.php?q=hotspot&hid=2054

4. Kita masukkan target tersebut kedalam kolom target No 1, lepas tu tgk dilangkah No 2, akan nampak nama databasenya, kemudian kalau dah jadi klik table yang sudah saya buat di nombor No 3.


5. Kalo sudah klik, maka akan keluar seperti dibawah ini. Lepas tu kalau sudah, klik lagi Get Tables, tgk nih gambar dibawah.


6. Akan ada banyak sekali table-table yang terbuka. Lepas tu kita tebak dimana letak admin & passwordnya kat mana. Saya mengagak kalau user dan passwordnya ada ditable web_users. Okelah, kita coba table tersebut, kita tgk dalamnya dengan hanya mengklik GetColoums yang terletak disebelah Get Tables yang saya buat degan No 2.


7. Selepas itu tinggal tick data yang ingin ko amik. Aku tanda dengan No 1, dan klik Get Data, Kemudian kita lihat apa yang terjadi.


8. Ayeee, keliatankan user sama passwordnya, tapi masih terenkripsi dengan MD5. Cara mengenkripsinya mudah je, kerana tools ini juga menyediakan enkripsi untuk MD5.


9. Yang paling penting korang tinggal mencari halaman login adminnya, Korang hanya perlu mengklik Icon yang berjudul Find Admin, kemudian tunggu hingga muncul tulisan I'm IDLE.

Cara Membuat Nama ID Facebook Tidak Kelihatan | Kosong

Cara Membuat Nama ID Facebook Tidak Kelihatan | Kosong Seperti gambar dibawah ini silahkan peraktekan cara-cara dibawah ini dengan seksama:


Apakah Anda pernah melihat pengguna facebook yang tidak memiliki nama panggilan. Dan Anda bertanya-tanya mengapa Anda tidak dapat melihat nickname atau nama facebooknya dan bagaimana mungkin? Jika Anda tidak pernah menemukan orang-orang semacam itu yg nama fb nya hanya kelihatan gambar saja di fb. Begitulah tampilan seperti nama tak terlihat di Facebook. Julukan sedang dikosongkan atau mendapat kosong. Itu hanya bahwa mereka hanya menggunakan "space bar" karakter di facebook nama mereka.


Pertama anda harus mempersiapkan pada mendapatkan "karakter tak terlihat". Jika Anda menggunakan Windows 7 di sini apa yang dapat Anda lakukan. Go to Start Menu>> Accessories>> System Tools>> Peta Karakter. Lihat gambar di atas. Setelah muncul Character Map, kursor arahkan ke "Go to Unicode" dan ketik "200D" (tanpa kutip). Kemudian pilih karakter pertama di sisi kiri atas yang dinamakan sebagai "U +200 D: Zero Lebar Joiner".


Setelah muncul Character Map, kursor arahkan ke "Go to Unicode" dan ketik "200D" (tanpa kutip). Kemudian pilih karakter pertama di sisi kiri atas yang dinamakan sebagai "U +200 D: Zero Lebar Joiner".

Klik Pilih tombol>>Klik tombol copy>> Kemudian karakter tak terlihat Anda siap untuk digunakan pada Nama Facebook. Sekarang utama dan langkah-langkah terakhir 


Login ke Facebook Anda dengan username dan password, kemudian Klik "Account Settings">> Nama>> Edit>> Paste "karakter tak terlihat" disalin ke kali Nama Pertama dan terakhir 4 atau lebih (untuk mendapatkan status kosong "ruang" baris ")> klik Simpan Perubahan> Selesai Catatan: dengan menggunakan nama yang tak terlihat dari facebook, itu akan membuat Anda profil fb lebih sulit untuk disebutkan atau ditemukan.

AutoPoke Script

Better guna Google Chrome sebab mudah, cepat dan laju :) Hihi !

Ada dua method/kaedah untuk AutoPoke ni :)
Method 1 - Install script/Extension (Auto way) :D
Method 2 - Manual way :)

Okay, Cha ajar yang manual way je lah :P Sebab Cha suka manual :D
Hihi ~ :P

Ikut langkah seperti berikut :

Pergi sini : www.facebook.com/pokes lalu Buka JavaScript Console dengan tekan "CTRL+SHIFT+J"
Copy code/script Autopoke kat sini :- http://pastebin.com/z0Qz27Lb
Lepas tu, paste dalam JavaScript Console tadi then, tekan Enter :)
Pastu, keluar popup, biarkan dia close sendiri then pandai-pandai lah guna/buat macam mana pun :P HAHAHA!
Done , Jangan tutup autopoke tab tu, biarkan ia berjalan sampai seseorang itu mengaku/menyerah kalah :DD Hihi !

Okay, Senang kan ;)
Use at your own risk :) Cha tanak bertanggungjawab atas apa yang berlaku selepas pakai script ni :D
Hihi ~

Berani buat, berani tanggung ;)

Okay, tu saje tutorial nya :) Kalau masih kurang jelas/faham, nanti Cha buat tutorial bergambar :) Sekarang tak boleh lahh , sebab Cha sangat busy :) hihi ~
Semoga berjaya dan bermanfaat ;)

I SAW , I COME , I SHARE , I TEACH ;)


Regards,SaCha Amoko Angello. 

Buka JavaScript Console dengan tekan "CTRL+SHIFT+J"